MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Skuad B-21 tak cergas

Melaka: Misi getir bakal dipikul Frank Bernhardt ketika beliau dipertanggungjawabkan untuk memastikan ibu segala pingat berjaya dirampas apabila Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA tahun depan.

Bernhardt yang sebelum ini cemerlang membimbing skuad remaja Estonia layak ke saingan Kejohanan Eropah diharapkan mampu membawa sinar yang sama kepada pasukan Bawah 21 (B-21) negara pada temasya dwitahunan itu.

Persediaan ke arah itu mula dijalankan sejak awal tahun ini dengan pengendali dari Jerman itu mula mengenal pasti pemain idamannya.

Keputusan aksi persahabatan Mac lalu menyaksikan skuad B-21 Harimau Malaysia itu melakar satu kemenangan ke atas skuad B-22 Filipina (4-1) dan seri dengan pasukan senior Nepal (1-1).

Lantas rentak positif yang ditekankan menerusi aspek permainan moden dengan hantaran pendek, harapan mula terbina dalam kalangan peminat tanah air untuk melihat anak buah Bernhardt meraih pingat emas bukan lagi suatu mimpi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro