MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Pembela BN pastikan rakyat nikmati perayaan

AYER KEROH – Inisiatif Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) memberi bantuan kepada warga memerlukan sempena Sambutan Tahun Baharu Cina jelas memperlihatkan keprihatinan kerajaan menjaga kebajikan rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, usaha dilakukan bagi memastikan rakyat menikmati perayaan berkenaan sekali gus menolak tohmahan pembangkang yang menuding jari kepada BN hanya memberikan bantuan sewaktu pilihan raya.

Menurutnya, membantu rakyat adalah tanggungjawab kerajaan tanpa mengira masa, bangsa dan fahaman politik.

“Banyak yang menuding jari kata BN dan parti komponennya bekerja semata-mata kerana pilihan raya. Tuduhan sangat tidak berasas.

“Tetapi bantuan dihulurkan ini sempena Tahun Baharu Cina menjadi bukti biarpun sudah tujuh bulan Pilihan Raya Umum berlalu. Tanpa mengenal latar belakang dan fahaman politik kita memberikan bantuan menerusi penganjuran program bukan berasaskan populariti,” katanya.

Beliau berkata kepada media selepas menyampaikan ang pau dan hamper kepada ibu tunggal, warga emas serta fakir miskin sempena Tahun Baharu Cina anjuran Pembela BN di MyDin Hypermarket, di sini, semalam.

Seramai 135 orang menerima bantuan berkenaan dan wang tunai RM100 yang melibatkan peruntukan hampir RM20,000.

Idris berkata, kemakmuran ekonomi dan melaksanakan perkhidmatan secara integriti menjadi landasan utama dalam pentadbiran kerajaan negeri untuk kesejahteraan masyarakat.

Sumber:Sinar harian