MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Melaka di kedudukan salah: Menteri arah cetak semula buku teks

Kementerian Pendidikan mengarahkan syarikat percetakan agar mencetak semula buku teks subjek sejarah bagi tahun enam kerana berlaku kesilapan pada kedudukan peta negeri Melaka.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata syarikat pencetakan tersebut juga perlu menanggung sendiri kos cetakan semula.
 
"Walaupun kesilapan itu membabitkan satu muka surat saja, tetapi syarikat pencetakan perlu mencetak semula buku berkenaan, mereka tidak boleh tampal muka surat yang salah itu.
 
"Kesilapan itu tidak sepatutnya berlaku dan ia perlu diperbetulkan agar tidak mengelirukan pelajar," katanya selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Kenegaraan Kebangsaan 2015 di Alor Gajah, Melakai, hari ini.
 
Beliau diminta mengulas berhubung kandungan buku teks sejarah tersebut yang didapati salah memaparkan kedudukan negeri Melaka pada peta Semenanjung Malaysia.
 
Ia memaparkan kedudukan Melaka di bahagian pantai timur iaitu di atas negeri Kelantan. Perkara itu menjadi viral di laman sosial dan mengundang reaksi ramai terutama dalam kalangan ibu bapa.
 
- Bernama