MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Wang RM400,000 dilarikan

KEJADIAN berlaku selepas pekerja syarikat keselamatan selesai mengambil wang di bank berkenaan. FOTO ihsan pembaca

 

 

 

 

Melaka: Kira-kira RM400,000 dilarikan perompak dalam kejadian rompakan di bank di Pulau Sebang, di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira 9.30 malam itu dipercayai berlaku ketika seorang daripada pekerja syarikat keselamatan baru selesai mengambil wang di bank berkenaan dan menuju ke van sebelum didatangi kenderaan dipercayai dinaiki tiga lelaki.

Jurucakap polis berkata, ketika menghampiri van untuk menyimpan wang kutipan itu secara tiba-tiba seorang suspek meluru ke arah pekerja syarikat keselamatan berkenaan sebelum bergelut dan melarikan beg mengandungi duit.

"Sebaik melihat pekerja keselamatan itu menghampiri van bersama beg, seorang suspek terus meluru ke arahnya dan berlaku pergelutan sebelum suspek terbabit merampas dan melarikan beg mengandungi wang.

"Beg berkenaan mengandungi wang kira-kira RM400,000 dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kenderaan bewarna hitam yang dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu selain suspek tidak menggunakan senjata," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro