MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Tingkat pemantauan penyokong IS

CHUAH (tengah) bersama Bekas Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shahrizan Che Mat Din (dua kiri) dan Timbalan Ketua Polis negeri yang baru, Datuk Ruslan Hassan (dua kanan) berjabat tangan sebagai simbolik tanda penyerahan tugas sambil disaksikan ketua jabatan yang hadir ketika Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Melaka. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan

 

 

Melaka: Polis Melaka meningkatkan pemantauan ke atas setiap individu yang dikesan menyatakan sokongan kepada kumpulan militan Negara Islam (IS), sebagai langkah berjaga-jaga terhadap serangan pengganas selepas Kota Paris, Perancis, dicemari insiden letupan bom yang mengorbankan 132 nyawa.

Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata, bahagian risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri, meningkatkan tahap berjaga-jaga terhadap ancaman IS selepas perkembangan terbaru di Paris itu.

"Risikan kita memantau semua pihak baik kakitangan kerajaan mahupun orang awam yang menunjukkan sokongan kepada IS.

"Kita amat berjaga-jaga dalam hal ini dan berusaha mengesan mereka yang mungkin mencetuskan sesuatu di Melaka," katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro