MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Telefon bomba mahu terjun

Seorang bekas anggota tentera bertindak menelefon bomba memaklumkan dia mahu terjun dari tingkat 15 sebuah apartment di Banda Hilir, di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 57 tahun dikatakan gagal menghubungi isterinya sebelum bertindak menelefon pasukan bomba dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam.

Difahamkan, bapa kepada tiga anak juga bekerja sebagai pengawal keselamatan di kawasan bangunan terbabit mempunyai krisis rumah tangga dan berasa sunyi selepas isterinya berusia 50-an tidak pulang ke rumah mereka di kawasan berhampiran.

Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba (Bahagian Operasi) negeri, Kamarulzaman Mohd Din berkata, sebuah jentera dan sebuah kenderaan Perkhidmatan Respon Perubatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu bersama 15 aggota termasuk unit khas segera ke lokasi selepas dimaklukan mengenai kejadian.

Menurutnya, usaha memujuk dilakukan dengan kerjasama polis, ahli keluarga dan pengurusan bangunan berkenaan sebelum lelaki berkenaan berjaya diselamatkan dalam tempoh hampir 3 jam.

“Ketika proses memujuk, lelaki tersebut turut meluahkan perasaan kepada isterinya, selain memarahi tiga anaknya. Operasi menyelamat tamat jam 2.40 pagi,” katanya.

Sumber:Sinar harian