MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Sindiket proses dadah tumpas

MAIDU (dua kanan) bersama Timbalan Ketua Jabatan Narkotik IPK Melaka, Mohd Azam Ab Razak (dua kiri); Pegawai Turus Risikan, Operasi, Tahanan, Yusri Zainol (kanan); dan Pegawai Penyiasat Jenayah Narkotik IPD Melaka Tengah, Aminuddin Abdullah (kiri) menunjukkan dadah yang dirampas. FOTO Rasul Azli Samad


 

Dalam serbuan kira-kira 1 petang itu, polis menemui 54 paket plastik disyaki dadah jenis syabu, satu bungkusan kuning disyaki syabu dengan berat kasar 1.23 kilogram, empat paket besar dan tiga paket plastik disyaki heroin seberat 0.9 kilogram serta 30 biji pil ekstasi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Maidu Abu Bakar berkata, rampasan itu dianggarkan bernilai RM137,000.

"Kita turut menyita kereta bernilai RM45,000 dipercayai diguna suspek.

"Dua suspek masing-masing lelaki tempatan berusia 41 tahun dan wanita warga Vietnam berusia 25 tahun ditahan reman selama tujuh hari sehingga 16 Oktober” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di Bukit Beruang di sini, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek masing-masing positif opiate dan methamphatamine.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro