MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Semua negeri sambut baik hab IT Bumiputera

ISMAIL Sabri (empat dari kanan) menerima cenderahati berupa lukisan daripada Ismail.


 

Melaka: “Ranking lima universiti penyelidikan (RU) negara ini di peringkat antarabangsa dijangka terus melonjak hasil pertambahan penyelidikan dan peningkatan penghasilan penerbitan berpengaruh,” kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata, antara pencapaian membanggakan mendorong kepada peningkatan ranking itu kejayaan empat profesor Malaysia yang juga dari RU tempatan tersenarai sebagai minda saintifik paling berpengaruh di dunia oleh firma maklumat perniagaan Thomson Reuters.

“Sejak diperkenalkan pada 2006 universiti penyelidikan terus memperbaiki kedudukan antarabangsa masing-masing dan bagi jumlah penyelidikan Malaysia mengatasi Singapura sejak lima tahun lalu dan terkini Thailand juga berada di belakang kita.

“Kejayaan ini sekali gus membuktikan keseimbangan kecemerlangan bakat yang holistik dalam memacu pembangunan pendidikan tinggi negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Jelajah Kementerian Pendidikan Tinggi: Soaring Upwards di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini, semalam.

Idris berkata, penganjuran program itu di Melaka bagi siri kedua selepas dimulakan di Kuantan, Pahang dan diteruskan ke seluruh negara dalam usaha memberikan penerangan sistem pendidikan tinggi negara kepada pelajar universiti.

“Melalui program seperti ini masyarakat sedar universiti tempatan sebenarnya jauh lebih baik berbanding universiti ternama lain di dunia,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro