MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Sejam terperangkap dalam lif

Melaka: Seorang lelaki terperangkap selama sejam dalam lif di sebuah pangsapuri di Batu Berendam di sini, sebelum dikeluarkan anggota bomba pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, mangsa berusia 50-an menggunakan lif untuk naik ke rumahnya di tingkat lima apabila lif berkenaan rosak.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan II Hairulnizam Ridhuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian bersama lima anggota dan sebuah jentera.

"Pemeriksaan awal mendapati hanya seorang mangsa terperangkap dan dengan bantuan penduduk, kami berjaya membuka sedikit pintu lif membolehkan udara masuk untuk lelaki itu bernafas.

"Memandangkan lif terhenti di antara tingkat lima dan empat, kami terpaksa menggerakkan lif secara manual ke tingkat empat sebelum mengumpil pintu untuk membantu mangsa keluar," katanya.

Pintu lif direnggangkan bagi membolehkan udara masuk. - Foto Ihsan Bomba

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro