MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Rampas mesin judi RM500,000

ANGGOTA penguat kuasa MBMB menyita 90 buah mesin judi bernilai lebih RM500,000. Foto Muhammad Hatim Ab Manan


 

 

 

Melaka: Pelbagai mesin judi bernilai lebih RM500,000 dirampas Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam Operasi Bersepadu di sebuah premis di Taman Melaka Raya, Melaka, 10.30 pagi tadi.

Operasi yang turut disertai Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) Jabatan Imigresen, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) SWcorp dan SWM itu menyaksikan 90 mesin judi dirampas.

Difahamkan, operasi itu dilakukan berdasarkan risikan yang dibuat kurang 24 jam lalu.

Turut dirampas pelbagai hadiah anak patung termasuk patung beruang, kerusi, meja serta satu set kamera litar tertutup (CCTV).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro