MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Rampas 1,745 peket bebola kristal

Melaka: Sebanyak 1,745 peket bebola kristal bernilai RM1,220 dirampas Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melaka dalam pemeriksaan di dua premis pemborong dan peruncit di Melaka Tengah, 11 Januari lalu.

Pengarah KPDNKK negeri Jaiya Abu berkata, rampasan itu hasil pemantauan berterusan dilakukan pihaknya berikutan kerajaan mengeluarkan perintah larangan menjual produk itu sejak 24 Ogos 2011.

Menurutnya, pemeriksaan itu juga susulan insiden kanak-kanak nyaris maut akibat tertelan bebola kristal yang dilaporkan media.

"Dalam pemeriksaan ada pemilik premis memberi alasan tidak tahu mengenai larangan penjualan bebola kristal.

"Bentuknya yang menarik mendorong kanak-kanak memakannya seperti insiden membabitkan seorang kanak-kanak baru-baru ini," katanya.

Beliau berkata, walaupun kandungan bahan kimianya pada tahap selamat, hasil ujian sampel dilakukan mendapati bebola kristal boleh membesar sehingga 290 hingga 444 peratus dari saiz asal sekali gus boleh memudaratkan manusia menelannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro