MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Pernah susah dorong Norliza bantu golongan memerlukan

Pernah diduga melalui kehidupan yang susah suatu ketika dahulu, mendorong seorang wanita, yang juga ibu kepada tiga cahaya mata melaksanakan projek pemberian pakaian percuma di Taman Rekreasi Bukit Beringin, pagi semalam.

Norliza Ahmaf Zabir, 37, berkata, inisiatif yang dilakukan bukan sekadar untuk mengejar pahala semata, namun bahagia melihat senyuman insan-insan kurang bernasib baik yang menghargai projek yang dinamakan Freemarket@Ukhwah Fillah.

Menurutnya, biarpun pertama kali dilaksanakan namun berjaya mengumpulkan lebih 500 helai pakaian pelbagai saiz dan jenis termasuk pakaian bayi, kanak-kanak dan dewasa yang bukan sahaja dikumpulkan sendiri malah juga dari pemberian individu lain.

"Saya terharu dan sebak bila ada diantara baju-baju yang diletakkan untuk mereka pilih, jahitannya ada yang terbuka dan tetas, tapi mereka tidak kisah malah berminat untuk menjahitkan semula.

"Selain itu, bukan sahaja mereka yang tinggal di sekitar kawasan ini yang datang tetapi ada juga di luar Melaka dan ada juga penerima baju percuma ini yang datang berkerusi roda serta warga emas," katanya kepada Sinar Harian.

Program yang dihadiri lebih 70 orang itu bermula dari jam 9 pagi sebelum berakhir dua jam kemudian.
 

Sumber:Sinar harian