MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Peniup roh keris

ABU Dzar mengukir hulu keris dengan teliti bagi menghasilkan seni kraftangan yang halus.


 

Melaka: Menempa keris dengan besi yang dileburkan bukan saja memerlukan kemahiran tinggi seseorang untuk menghasilkan keris berkualiti, malah ia turut mengungkap kehebatan senjata tradisional itu supaya tidak dilupakan generasi muda.

Abu Dzar Abdullah, 29, dari Kampung Kandang, Ayer Molek, di sini, antara penempa keris muda yang gigih mendalami ilmu berkenaan dan beliau kini antara tukang keris yang popular di negeri ini.

ABU Dzar mengetuk besi yang sudah dibakar menggunakan mesin pengetuk berkuasa elektrik.


 

 

Menurutnya, minat menempa keris bermula dari mempelajari membuat parang sebelum membeli sebilah keris untuk dijadikan koleksi.

Sejak itulah dia nekad menjadikan bidang menempa keris sebagai kerjaya sepenuh masa, lalu mempelajari cara membuat keris daripada arwah bapa saudaranya di Merlimau ketika berusia 19 tahun.

“Saya belajar menempa mata atau lok keris di Kelantan untuk tempoh satu minggu menerusi program anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Sebelum itu guru pembuat keris di Kelantan turut datang ke sini untuk mengajar cara membuat keris,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Abu Dzar, tempoh menghasilkan sebilah keris bergantung kepada jenis besi yang digunakan, jika tidak mengikut spesifikasi pula hasil tempaan tidak akan menjadi sebilah keris sebaliknya kelihatan seperti besi biasa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro