MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Pencapaian terbaik dalam 10 tahun

Pencapaian keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah di Melaka dianggap terbaik dalam tempoh 10 tahun dengan Gred Purata Negeri (GPN) mencatatkan 2.16.

Pengarah Pendidikan negeri, Abu Bakar Sahari berkata, keputusan itu sekali gus menyaksikan seramai 1,311 murid telah memperolehi keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil berbanding tahun lalu, seramai 1,242 orang murid mendapat semua A.

Menurutnya, empat buah sekolah di negeri ini juga telah berjaya memperoleh 100 peratus apabila mencatatkan menimum keputusan C dalam semua mata pelajaran berbanding hanya dua buah sekolah pada tahun lalu.

"Semua mata pelajaran sekolah kebangsaan (SK) mengatasi peratus Nasional dari segi kecemerlangan. Begitu juga dengan mata pelajaran di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).

"Bagi mata pelajaran di sekolah sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT), peratus cemerlang empat mata pelajaran pula mengatasi peratus nasional.

"Secara keseluruhan, Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi mata pelajaran mengatasi GPMP nasional," katanya selepas pembentangan analisis keputusan UPSR bagi negeri Melaka di Kolej Yayasan Saad di Durian Tunggal di sini, hari ini.

Sumber:Sinar harian