MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Pemandu treler rempuh 20 kereta ditahan

FOTO Zuhairi Zuber

 

 

 

 

 

 

 

 

Melaka: Pemandu treler yang merempuh kira-kira 20 kereta yang di parkir di atas Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) kelmarin kini bawah tahanan polis.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, suspek seorang lelaki berusia 50-an ditahan di Balai Polis Salak Tinggi, Sepang, Selangor, jam 5.12 petang semalam.

"Sebelum itu, suspek membuat laporan polis di balai terbabit kira-kira jam 3 petang, sebelum ditahan polis di balai terbabit.

"Pasukan dari Melaka Tengah sudah membawa suspek ke sini, kita turut menahan treler terbabit yang kini ditempatkan di Balai Polis Malim," katanya.

Beliau berkata, penahanan suspek dibuat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro