MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Mengaku seludup 4 pendatang

TERTUDUH dibawa keluar dari mahkamah.


 

Melaka: Seorang lelaki rakyat tempatan dan seorang lagi lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, apabila mengaku bersalah atas tuduhan menyeludup masuk empat warga asing pada Mac lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Pesuruhjaya Tinggi, Datuk Mohd Firuz Jaffril, terhadap Mohd Farham Lukman dan Nadi, masing-masing berumur 28 tahun, selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas pertuduhan ke atas mereka.

Mengikut pertuduhan, Mohd Farham dari Muar, Johor, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didapati menjalankan aktiviti penyeludupan terhadap seorang migran warga Indonesia, Ari, 21.

Manakala, Nadi yang juga warga Indonesia bersama dua lagi yang masih bebas didakwa menjalankan aktiviti penyeludupan migran iaitu Norhafizah Sirun, 23, dan Nur Ain Natasya Abd Rahman, 8, masing-masing warga Indonesia serta seorang warga Pakistan, Hafiz Tajamal, 28.

Semua kesalahan itu dilakukan tertuduh di Pantai Klebang, di sini, pada jam 8 malam, 10 Mac lalu.

Bagi pertuduhan itu, kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 serta dibicara bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro