MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Melaka baik pulih 11 projek pelancongan terbengkalai

Kerajaan Melaka kini dalam usaha memulihkan 11 projek pelancongan terbengkalai di negeri ini bagi memastikan produktiviti pelancongan terus positif, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata, antaranya ialah projek menaik taraf perkhidmatan monorel di Sungai Melaka, Zoo Melaka, Taman Ikan lumba-lumba di Pulau Melaka dan pembangunan Extreme Park di Chin Chin, Jasin, dekat sini.

"Bagi projek monorel, kita dah minta pihak terlibat membuat kajian dan analisis, akan ada kaedah baharu dalam pengurusan dan pembangunan projek itu manakala bagi projek lain akan dipulihkan secara berperingkat dan akan dipantau bagi memastikan ia berjalan lancar.

"Ini perkembangan positif untuk meneruskan projek terbengkalai ini, kita telah kenal pasti 13 projek terbengkalai di negeri ini tetapi 11 daripadanya akan diteruskan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra bersama Pengarah Tourism Malaysia sempena program 'Fun with Health, Tourism Malaysia Directors Retreat 2016' di sini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Tourism Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab.

Sumber:Sinar harian