MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Letup, rompak mesin ATM

ROBOT pemusnah bom digunakan untuk memusnahkan bom paip yang ditinggalkan. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan


 

 

 

Melaka: Mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bank di Ayer Keroh Heights, di sini diletupkan penjenayah, 2.10 pagi tadi.

Menurut sumber, dipercayai lebih daripada tiga penjenayah terbabit dalam rompakan bank itu, menggunakan bahan letupan buatan sendiri.

ROBOT pemusnah bom digunakan untuk memusnahkan bom paip yang ditinggalkan. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan


ROBOT pemusnah bom digunakan untuk memusnahkan bom paip yang ditinggalkan. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan


Difahamkan, penjenayah memakai topeng muka dan menaiki kereta Mercedes Benz putih.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, penjenayah melarikan sejumlah wang dengan melarikan laci mesin ATM terbabit.


 

Begitupun, difahamkan sebutir bom buatan sendiri aktif (bom paip) masih belum meletup ditinggalkan dalam ruangan mesin pengeluaran wang terbabit.

Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Bukit Aman menggunakan robot pemusnah bom untuk memusnahkan bom paip terbabit pada 10.25 pagi tadi.

POLIS memeriksa premis bank yang dirompak. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan


 

MESIN ATM yang diletupkan perompak. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro