MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Lelaki nafi keretanya terlibat

Seorang lelaki membuat laporan polis bagi menjelaskan kenderaannya tidak terbabit dalam kes kehilangan bayi berusia 12 hari di Kota Laksamana, di sini kelmarin.

Pemilik Perodua Kelisa itu turut menafikan terbabit dalam penculikan bayi berkenaan seperti yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook lewat petang kelmarin.

Difahamkan, status berserta gambar seorang bayi dimuat naik oleh seorang wanita yang meminta orang ramai mengesan kereta dengan nombor pendaftaran MBC3027 kerana melarikan bayinya.

Bagaimanapun, lelaki itu dalam laporan polisnya mengatakan berada di kawasan perumahan terbabit kira-kira jam 6 petang untuk bertemu dan mengambil barang daripada rakannya sebelum dia didatangi sepasukan polis bertanyakan mengenai kereta warna biru berkenaan.

Difahamkan, pengadu yang membuat naik laporan polis di dalam akaun Orang Melaka turut menjalani prosedur menyerahkan kad pengenalan dan lesen memandu kepada pengawal keselamatan untuk dicatit dalam buku rekod.

Melalui laporan berkenaan juga, pengadu mendapati buku rekod pelawat tersebut mencatit alamat rumah kawannya yang salah tidak seperti diberitahunya kepada pengawal keselamatan.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata,  lelaki terbabit tidak dianggap sebagai suspek berhubung kes kejadian kehilangan bayi berkenaan.

Sumber:Sinar Harian