MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Lelaki lembam hilang

AH Chin menampal poster kehilangan adiknya.


 

 

Melaka: Seorang warga emas memohon bantuan orang ramai mengesan anak lelakinya yang tidak pulang sejak seminggu lalu.

Wee Nya Guat, 74, dari Lorong Masjid, Tanjung Minyak sudah membuat laporan polis pada 14 Oktober lalu selepas Chong Ah Guan, 52, tidak pulang ke rumah sejak 12 Oktober lalu.

Abang kepada Ah Guan, Chong, Ah Chin, 55, berkata, adiknya itu orang kurang upaya (OKU) lembam dan tinggal di pondok di kebun mereka sejak remaja.

“Biasanya dia pulang ke rumah ibu yang terletak kira-kira empat kilometer untuk bersarapan, makan tengah hari dan makan malam namun sejak 12 Oktober lalu Ah Guan tidak pulang.

“Adik saya hanya bersekolah hingga tingkatan tiga, dan sejak itu dia memilih untuk tinggal di pondok di kebun sayur dan jagung keluarga,” katanya.

Menurutnya, pada 12 Oktober lalu, ibu mereka buntu mengapa Ah Guan tidak pulang sebelum menghubunginya.

Ah Chin berkata, dia dan isteri, Choo Ai Hwa, 51, mencari adiknya setiap petang namun gagal sehingga ibunya membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Minyak.

Menurutnya, adiknya itu tidak mempunyai telefon bimbit dan tidak membawa wang.

Mereka menampal poster kecil di sekitar Tanjung Minyak meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Ah Chin.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro