MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Kami tak akan merayu

Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him mengambil keputusan tidak akan merayu keputusan Jawatankuasa Pusat DAP mengantung keahliannya yang berkuat kuasa awal bulan ini.

Sambil melabelkan penggantungan itu sebagai satu tindakan keanak-anakan, katanya, beliau tidak akan membuat sebarang rayuan walaupun diberi tempoh 14 hari untuk berbuat demikian.

Beliau mendakwa, penggantungan itu dibuat bukan atas alasan munasabah memandangkan ia hanyalah satu konflik peribadi yang diperbesarkan.

Malah, Tong Him turut mendakwa keputusan penggantungan itu dibuat adalah agak kabur dan beliau hanya dimaklumkan mengenainya beberapa hari sebelum sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

“Saya tidak akan merayu kerana dakwaan yang membawa kepadanya adalah tidak berasas,” katanya di sini ketika mengulas mengenai penggantungan beliau dan bekas Pengerusi DAP negeri, Goh Leong San selama setahun.

Penggantungan kedua-dua mereka diumumkan Setiausaha Jawatankuasa Disiplin DAP baru-baru ini atas dakwaan membuat kenyataan yang boleh memburukkan reputasi parti.

Sementara itu, Leong San ketika dihubungi Sinar Harian turut mengesahkan tidak akan merayu penggantungan berkenaan.

“Ia hanya membuat masa untuk saya merayu,” katanya.

Konflik dalaman DAP Melaka bukan lagi perkara baru kerana sebelum ini juga ia telah menyebabkan wujudnya dua kem dalam kalangan kepimpinan negeri, di mana satu kem dikatakan diwakili Leong San, Tong Him dan Adun Bachang, Lim Jak Wong.

Manakala satu lagi kem yang diwakili Pengerusi DAP negeri, Tey Kok Kiew; Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dan Adun Kota Laksamana, Lai Kuen Ban dikatakan lebih cenderung kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
 

Sumber:Sinar harian