MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Jenama khas wanita

MOHD Ali (empat dari kiri) merasmikan Pusat Perniagaan D’Laila di Taman Tasik Utama, semalam.


 

Melaka: Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bercadang mewujudkan satu jenama khas untuk wanita sebagai satu usaha membantu memperkasakan golongan hawa di negara ini.

Pengerusi PUNB Senator Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, pihaknya sedang giat menyiapkan kertas kerja berhubung perkara terbabit bagi dibentangkan pada Mesyuarat Lembaga PUNB, bulan depan.

“Kami sedang berusaha menarik lebih ramai golongan wanita menceburi bidang keusahawanan terutama membabitkan sektor farmasi, perhotelan, pelancongan, restoran atau menguruskan stesen minyak.

“Kepada mereka yang berminat, PUNB menawarkan bantuan menerusi skim sedia ada bagi menyokong usahawan wanita mengembangkan perniagaan,” katanya selepas merasmikan Pusat Perniagaan D’Laila di Taman Tasik Utama, di sini, semalam.

Mohd Ali berkata, sebanyak 60 peratus daripada keseluruhan RM280 juta pinjaman untuk tahun ini sudah disalurkan kepada usahawan di seluruh negara.

“Bagi Melaka, kami memperuntukkan pinjaman sebanyak RM10 juta dan sehingga kini sebanyak RM6 juta sudah disalurkan kepada 50 usahawan yang layak,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro