MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Geng 'Love Scam' tersungkur

Melaka: Lima lelaki warga Nigeria ditahan penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri awal pagi tadi, dipercayai terbabit dalam aktiviti pemalsuan dokumen serta penyamaran dalam penipuan 'Love Scam'.

 

 

 

 

 

Melaka: Lima lelaki warga Nigeria ditahan penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri awal pagi tadi, dipercayai terbabit dalam aktiviti pemalsuan dokumen serta penyamaran dalam penipuan 'Love Scam'.

Lelaki berusia 25 hingga 50 tahun itu ditahan dalam sebuah rumah di Pangsapuri Sri Johor, Ujong Pasir, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen negeri, Mohamed Lamsah Othman berkata, empat daripadanya melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk ke negara ini tanpa permit sah manakala seorang lagi mengikut Seksyen 15(c) Akta yang sama.

"Hasil pemeriksaan awal, beberapa komputer riba yang ditemui mengandungi salinan boleh ubah (soft copy) pelbagai dokumen termasuk milik Imigresen serta teks ayat-ayat cinta berbahasa Inggeris dan juga pengenalan identiti antarabangsa dipercayai dipalsukan," katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro