MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Dua parah kereta terbalik

.

MANGSA dikeluarkan oleh anggota Bomba dan orang ramai. FOTO Arifin Salleh

 

 

Melaka: Seorang lelaki dan wanita yang juga pegawai teknologi maklumat agensi kerajaan parah selepas kenderaan dinaiki terbalik di Kilometer 183.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran kawasan rehat Kampung Bemban, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1.30 pagi, mangsa Amirul Adha Marti, 35, bersama Siti Nurul Huda Norhizam, 27, terperangkap selama 30 minit di dalam kereta berkenaan sebelum dibantu orang ramai yang menyedari kemalangan itu.

Ketika kejadian kereta terbabit dipercayai dipandu Amirul, dalam perjalanan dari Serdang, Selangor menuju ke Masai, Johor.

Jurucakap bomba berkata, kereta itu dipercayai hilang kawalan ketika mengelak objek di lorong kiri sebelum ia terbalik.

"Orang ramai yang berhenti membantu mengeluarkan pemandu yang patah kaki kanan selain cedera di tangan dan kepala.

"Anggota bomba pula mengeluarkan penumpang wanita yang tersepit di tempat duduk hadapan," katanya.

Kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada pegawai perubatan sebelum dihantar ke Hospital Jasin untuk menerima rawatan lanjut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro