MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Darah pahlawan mengalir

MOHAMAD Hairul dicium ibunya, Samiah Ahmad sambil disaksikan ahli keluarga di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Sungai Udang.

 

 

 

 

 

Melaka: Terlalu meminati bidang ketenteraan membuatkan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam melupakan bidang profesional sebagai jurutera sebaliknya memilih menjadi seorang tentera.

Mengakui gemarkan aktiviti lasak, Leftenan Muda Mohamad Hairul Md Salleh, 24, anak bongsu daripada tiga beradik bukanlah asing dalam bidang ketenteraan kerana ahli keluarganya ramai menyertai tentera.

Katanya, dia menyertai kadet tentera sejak menuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sebelum ditauliah sebagai pegawai pada April lalu.

“Saya rasa dalam diri saya ini penuh dengan darah pahlawan kerana ramai dalam keluarga saya menyertai ketenteraan.

“Cabaran dalam ketenteraan diakui besar dan sukar untuk ditempuh sebelum layak bergelar pegawai, tapi saya gemarkan cabaran dan sentiasa mahu mendalami tahap kesukaran dalam ketenteraan,” katanya.

Justeru, dia berkata, dia menyertai Kursus Asas Komando yang berakhir di Pantai Betutu Laut di Kem Sungai Udang, di sini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro