MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Budak terperangkap dalam kereta diselamatkan

ANGGOTA bomba mengambil masa dua minit mengeluarkan kanak-kanak yang terperangkap dalam kereta. FOTO ihsan Bomba

 

 

 

Melaka: Sepasukan anggota bomba mengambil masa hanya dua minit untuk mengeluarkan kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun yang terperangkap dalam kereta di pusat beli belah di Ayer Keroh 10 malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan Mohd Asraf Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 10.06 malam.

"Tujuh anggota bersama sebuah jentera dan ambulans EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Mangsa baru sahaja terperangkap dan kelihatan tenang ketika usaha membuka pintu dilakukan pihak kami," katanya.

Menurutnya, bapa mangsa yang menyedari kejadian terus menghubungi talian kecemasan 999 untuk meminta bantuan bomba.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro