MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Berkayak sejauh 70 kilometer

Sekteriat Rakan Muda dengan kerjasama Persatuan Sukan Air kampus Melaka dan Cyberjaya menganjurkan MMU Coast to Coast Kayak Expedition 2016 dengan mengharungi laluan sejauh 70 kilometer bermula di muara Sungai Melaka, di sini semalam.

Pengarah program, Mohamad Faizol Mohd Kudong berkata, ekspedisi berkenaan merupakan kesinambungan kejayaan program Ekspedisi Kayak ke Pulau Besar, tahun lalu.

Menurutnya, program berkenaan turut melalui pesisi pantai selat Melaka sebelum berakhir di Pantai Cermin, Port Dickson.

Beliau berkata, tujuan utama program berkenaan bagi memberi kesedaran mengenai peranan setiap generasi dalam membina jati diri, daya tahan yang tinggi serta semangat bekerja dalam pasukan seterusnya membina perpaduan dan ukhuwah.

“Ekspedisi kayak ini juga memberi fokus kepada usaha melahirkan generasi yang aktif bersukan seperti berkayak dan menjadikan sukan atau riadah sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat,” katanya di sini, semalam.

Mohamad Faizol berkata, semua peserta yang mengikuti ekspedisi itu perlu melalui sesi pemilihan untuk memastikan kelancaran serta kebolehtahanan peserta sepanjang mengharungi cabaran.

Menurutnya, program itu diharap menjadi titik tolak kepada generasi muda untuk menceburi aktiviti sukan dan membudayakan gaya hidup sihat.

Sumber:Sinar harian