MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Bayar tol secara elektronik, jimat RM48

Bermula 1 Jun hingga 30 September depan,  pengguna Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) yang membayar tol secara elektronik akan menikmati penjimatan lebih RM48 sebulan.

Pengarah Urusan Plus Malaysia Bhd (Plus), Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, penjimatan diperoleh melalui tawaran rebat tol sebanyak 20 peratus.

"Rebat tawaran diberikan kepada pengguna Kenderaan Kelas Satu yang membayar tol dengan kad PlusMiles, Touch 'n Go dan Smartag di Plaza Tol Mambau dan Lukut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
   
Menurutnya, orang ramai juga berpeluang mendapatkan Smartag dengan harga RM96(termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan) mulai hari ini, di Pusat Khidmat Pelanggan Plaza Tol Seremban dan Senawang.
    
Selain itu, Kad PlusMiles Touch 'n Go dengan nilai prabayar RM5 pada harga promosi RM5 (kad adalah percuma) juga boleh diperoleh di tempat sama dan di setiap lorong tol di Mambau dan Lukut.
    
Beliau berkata langkah itu bertujuan menggalakkan lebih ramai pengguna beralih kepada sistem pembayaran tol secara elektronik memandangkan kedua-dua tol tersebut akan beroperasi 100 peratus secara elektronik mulai 1 Jun ini.

Sumber:Sinar harian