MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

Abang Long Fadhil Cari Saudara Terpisah Di Melaka

Nama bekas gangster Singapura, Abang Long Fadhil, 29, kini tidak asing lagi buat masyarakat negara kita. Ceritanya tentang penghijrahan ke jalan Allah SWT setelah bermimpi tentang Hari Kiamat telah menyentuh banyak hati.

Dalam perkembangan terbaharu, Sinar Harian melaporkan Abang Long Fadhil kini sedang mencari saudara mara sebelah bapanya, Husin Busu, 60, yang berasal dari Alor Gajah, Melaka.

Menurutnya dia tidak pernah bertemu dengan saudara maranya itu sejak lahir dan hubungan kekeluargaan mereka terputus selepas allahyarham datuknya, Busu Osman berhijrah ke Singapura lalu berkahwin dengan neneknya.

“Biarpun ayah tak mungkin mahu mencari keluarga datuk tapi saya tetap nak cari dan niat ini dah dipasang sebelum berhijrah pada tahun lepas lagi. Saya cari mereka sebab tak nak silaturrahim terputus,” katanya.

Difahamkan kawasan kampung halaman datuknya sudah menjadi kawasan tol dipercayai Simpang Ampat, Alor Gajah menyebabkan usaha pencariannya jadi bertambah sukar.

Abang Long Fadhil atau nama sebenarnya Muhamad Fadhil Husin berkongsikan perkara ini dengan pemberita selepas Tazkirah Ramadan yang diadakan secara santai di Masjid Selat, pada Rabu.

 

Sumber:mynewshub