MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

57 warga asing ditahan

Sebahagian warga asing yang ditahan. FOTO Mohd Hilmie Hussin


 

Melaka: Seramai 57 buruh warga asing termasuk tiga wanita ditahan di tapak pembinaan menerusi Ops Ikrar oleh Jabatan Imigresen Melaka dari 10 pagi hingga 12.15 tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Imigresen Melaka Mahpof Mahmood berkata, serbuan di tapak pembinaan di Taman Melaka Raya itu adalah yang ketiga sejak tahun lalu, namun majikan tapak binaan terbabit masih berdegil.

Dalam serbuan itu, 29 lelaki warga Bangladesh, 24 lelaki China, tiga wanita Indonesia dan seorang wanita Filipina ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Perkara 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat permit.

Seorang majikan lelaki berusia 50-an turut ditahan bagi membantu siasatan.

Mahpof berkata, ini adalah kali pertama pihaknya menahan ramai warga China di tapak binaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro