MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

15 GRO warga asing dicekup

ANTARA GRO yang diperiksa imigresen.


 

Melaka: Seramai 15 wanita warga China dan Vietnam dipercayai gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan di sebuah premis hiburan di Taman Melaka Raya, dalam Ops Ikrar yang dilakukan Jabatan Imigresen Melaka, kira-kira 1 pagi tadi.

Wanita terbabit antara 19 yang ditahan jabatan itu dalam serbuan yang dibuat di tiga premis berasingan.

Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Melaka, Abu Bakar Sidiq Hasan berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan di dua rumah teres dua tingkat di Taman Cheng yang dijadikan pusat mesin judi kuda, sebuah premis hiburan di Taman Melaka Raya serta sebuah rumah didiami pendatang dari Myanmar.

Kita tidak melakukan tangkapan di Cheng kerana pemain judinya terdiri daripada lelaki tempatan, namun berjaya menangkap 15 gadis dipercayai GRO iaitu masing-masing sembilan (China) dan empat (Vietnam) di Taman Melaka Raya.

"Kita turut menahan dua lelaki warga Singapura yang mendakwa dirinya pemilik premis untuk membantu siasatan," katanya.

Sementara itu, dua lagi wanita Myanmar ditahan di Kampung Pengkalan Rama Pantai.

Semua yang ditahan berusia 13 hingga 45 tahun.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro