Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Md. Rashid Hussin berkata, jumlah tersebut meliputi 8,107 calon di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (3,111 calon) dan Jasin (2,262 calon).

Menurutnya, kesemua calon terlibat terdiri daripada 9,481 calon dari Sekolah Kebangsaan (SK), 2,935 calon dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), 497 calon dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), 457 calon dari sekolah rendah agama kerajaan (SRA) dan 68 calon dari sekolah rendah agama swasta.

“Terdapat seorang calon iaitu Nurul Afiqah Syah Mimi Abdul La­tif merupakan murid SK Cheng, menduduki UPSR di Hospital Besar Me­laka kerana sedang menerima ra­watan di Hospital Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas sesi lawatan dan tinjauan sempena UPSR di SK Ayer Keroh, di sini semalam.

Dalam pada itu, kata Md. Rashid, seramai 233 orang ketua pengawas, 233 orang timbalan ketua pengawas, serta 856 orang pengawas di negeri ini bertugas sepanjang berlangsungnya peperiksaan itu.

Selain itu, seramai 30 orang pe­ngawas hospital, 59 orang penyelia kawasan serta lapan orang pengawas pembaca turut disediakan bagi melancarkan perjalanan peperiksaan itu di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Md. Rashid berkata, calon terlibat di­bekalkan dengan penutup hidung dan mulut berikutan indeks pencemaran udara (IPU) di dua kawasan di negeri ini iaitu Bukit Rambai dan Bandar raya Melaka mencecah paras tidak sihat dengan masing-masing mencatat bacaan 126 dan 110 setakat pukul 8 pagi tadi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source  Utusan Malaysia