MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

12 jam baru perasan

Melaka: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap didalam tali air di Kampung Balik Bukit, Bukit Lintang, di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu disedari penduduk kampung yang kebetulan melalui lokasi berkenaan apabila ternampak motosikal milik mangsa di dalam tali air berkenaan.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati mangsa, Khairuddin Khamis, 41, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam tali air.

"Hasil pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah selain kecederaan di kepala akibat jatuh.

"Mangsa dipercayai sudah meninggal kira-kira 12 jam lalu berdasarkan keadaan mayat yang sudah kembung," katanya.

Katanya, mayat sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro