MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Melaka

‘Tolong cakap, aku tak boleh balik rumah’

"Tolong cakap dengan mak ayah aku, aku tak boleh balik rumah," pesan seorang remaja kepada rakannya sebelum meninggal dunia akibat kemalangan di Jalan MITC.

Pesanan itu ditinggalkan Razali Zahari, 21, ketika diriba rakannya Mohd Hafizuddin Abu Kaseh, 26, dengan keadaan suara tersekat-sekat dalam kejadian kira-kira jam 10 malam.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Melaka Tengah, Asisten Superintendan Yahya Manan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada 12.10 tengah malam ketika sedang menerima rawatan di Bahagian Kecemasan.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha FZ150i dari arah MITC menghala Lebuh SPA terbabas sendiri ke kiri jalan semasa mengambil selekoh.

"Mangsa kemudian dipercayai terlanggar pokok yang berada di sebelah kiri jalan dan dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, kes berkenaan akan disiasat di bawah  Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber:Sinar harian